Jual beli secara ansuran

Peredaran zaman yang serba canggih ini menyaksikan banyak perkara dan isu-isu berbangkit terjadi,seperti dadah,rokok,dan sebagainya,dimana perkara-perkara tersebut tidak berlaku pada zaman rasulullah dan para sahabat. Dalam hal ini,tidak terkecuali dalam hukum jual beli. Dunia globalisasi ini telah mewujudkan pelbagai sistem jual beli dan perniagaan yang tidak ada dalil daripada Alquran dan Hadis rasulullah secara jelas dan nyata tentang keharusan perkara tersebut. Diantaranya bon-bon yang dikeluarkan oleh bank,insuran moden,import eksport dan sebagainya. Salah satu jual beli yang tidak wujud secara meluas sebelum ini dan tidak ada dalil Alquran dan Hadis yang menjelaskan hukum tersebut adalah Jual Beli Secara Ansuran. Kebanyakan diantara kita membeli kereta dan pelbagai lagi barang keperluan yang nilainya mencecah ribuan ringgit pasti akan membayar secara ansuran harga tersebut. Timbul disini apa hukum sebenar jual beli secara ansuran?

Hukum asal jual beli

Hukum jual beli pada asalnya adalah diharuskan oleh syara’ menurut dalil Alquran dan Hadis yang menerangkan tentang keharusan dan bentuk-bentuk jual beli yang pernah dilakukan oleh rasulullah.

Dalil dari alquran –

1) وأحل الله البيع وحرم الربوا

Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga )dan mengharamkan riba. (al-baqarah 275)Keterangan:secara jelas allah telah mengharuskan jual beli dan mengharamkan riba’. Ta’rif riba-menurut bahasa arab,riba merujuk kepada lebihan dan perkembangan.Perbahasan tentang riba akan diperbincangkan pada posting yang lain.


-2) يأيها الذين ءامنوا لا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل الا أن تكون تجارة عن تراض منكم


Wahai orang yang beriman janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu,judi,dan sebagainya),kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.(An-Nisa’ ayat:29)

Keterangan:Makan yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah mengambil.Alquran menggunakan perkataan makan kerana pada kebiasaannya makan menjadi matlamat amalan penyelewengan harta.’Salah’ di sini pula bermaksud cara yang tidak betul.Perniagaan pula ialah jual beli.

Dalil dari hadis

Terdapat banyak hadis yang menceritakan mengenai bentuk-bentuk jual beli yang dilakukan oleh rasulullah dan para sahabat.

-1) ما اخرجه البخاري ومسلم عن عائشة رضي الله عنها قالت:اشتري رسول الله صلى الله عليه وسلم من يهودي طعاما بنسيئة:فاعطاه درعا له رهنا


Dikeluarkan oleh bukhari dan muslim daripada aisyah r.a berkata:”Rasulullah S.A.W telah membeli makanan daripada seorang yahudi dengan bayaran tertangguh (nasi’ah)dan baginda menggadaikan sebuah perisai besi kepadanya”.(riwayat al –Bukhari,bab jual beli Nabi S.A.W secara nasi’ah,no1962)(diriwayatkan oleh Muslim,musaqah,Bab gadai harus ketika menetap dan musafir,no 1603)

-2) قال رسول الله صلي الله عليه وسلم:من أسلف في شيء ففي كيل معلوم الى أجل معلوم

Sabda rasulullah S.A.W:”barangsiapa yang berjual beli salaf (salam),hendaklah dia berjual beli salaf(salam)dengan sukatan,timbangan dan tempoh yang dimaklumi.(Albukhari,Bab jual salam dengan timbangan yang dimaklumi no.2125)

Ta’rif jual beli secara ansuran

-Ta’rif jual beli menurut istilah fuqaha’;
Jual beli ialah akad yang merujuk kepada pertukaran sesuatu harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan nyata atau manfaat secara kekal dan bukan hutang.(dari kitab qolyubi waumairah -2/152)

Ta’rif jual beli ansuran(التقسيط البيع):

ulama’ masa kini menta’rifkan jual beli ini dengan pelbagai ta’rif antaranya:

1)-menangguhkan pembayaran hutang secara berperingkat atau beransur-beransur kepada waktu yang telah ditetapkan.

2)-peniaga yang menjual barangnya bagi yang membayar secara tunai dengan sesuatu harga,dan yang menangguhkan atau membayar secara ansur dengan harga yang lebih tinggi.(ta’rif doktor Muhammad aqlah Ibrahim)

3)-jualan sesuatu barang dengan harga yang ditangguhkan pembayarannya secara berperingkat (yang diketahui bilangan peringkat pembayaran)dalam waktu yang telah dihadkan(ditetapkan),dengan harga jualan tersebut lebih tinggi dari jualan secara tunai.(ta’rif doktor Al-amin Al-hajj mudarris madah syaria jamiah ummulqura)

Kesimpulan dari ta’rif-ta’rif diatas:

-Jual beli ansuran bermaksud jualan sesuatu barang dimana,pembayarannya dilakukan secara beransur-ansur dalam waktu dan tempoh yang telah disepakati kedua belah pihak iaitu pihak pembeli dan penjual dan adakalanya harga barang yang dibayar secara ansuran lebih tinggi dari harga yang dibayar secara tunai.

-jual beli ansuran menyerupai jual beli Salam(jual beli yang didahulukan bayaran dan diketahui sifat barang tersebut kepada suatu tempoh yang diketahui)dan meyerupai jual beli Nasi’ah(jualan yang ditangguhkan bayarannya pada tempoh yang telah ditetapkan).

Bilakah wujudnya jual beli secara ansuran ini.

Jual beli secara ansuran tidak berlaku secara meluas pada zaman dahulu. Kemunculan jual beli secara ansuran ini berlaku secara meluas dan global selepas perang dunia kedua. Selepas berlakunya perang dunia kedua pada sekitar tahun 1940-an wujudnya bank-bank dan berbagai-bagai jenis perniagaan dan salah satunya adalah jual beli secara ansuran.

Hukum jual beli secara ansuran

-Secara umumnya ulama’ mengharuskan jual beli secara ansuran.

1)-Mereka menggambarkan jual beli ini seperti jual beli secara nasi’ah. Nasi’ah adalah jualan yang ditangguhkan bayarannya pada tempoh yang telah ditetapkan.jual beli cara nasi’ah diharuskan syara’,berdasarkan dalil dari alquran dan hadis.

Dalil dari alquran

يا أيها الذين ءامنوا اذا تداينتم بدين الى أجل مسمى فاكتبوه

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga kesuatu masa tertentu,maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya)itu.(Al-Baqarah:282):

berkata imam qurtubi;makna hutang adalah setiap muamalat yang melambatkan bayaran wang.(aljami’ liahkammulquran,lilqurtubi(3/242))

Dalil dari hadis

ما اخرجه البخاري ومسلم عن عائشة رضي الله عنها قالت:اشتري رسول الله صلى الله عليه وسلم من يهودي طعامابنسيئة:فاعطاه درعا له رهنا


Dikeluarkan oleh bukhari dan muslim daripada aisyah r.a berkata:”Rasulullah S.A.W telah membeli makanan daripada seorang yahudi dengan bayaran tertangguh (nasi’ah)dan baginda menggadaikan sebuah perisai besi kepadanya”.(riwayat al –Bukhari,bab jual beli Nabi S.A.W secara nasi’ah,no1962)(diriwayatkan oleh Muslim,musaqah,Bab gadai harus ketika menetap dan musafir,no 1603)Tetapi ada sebahagian ulama’ yang tidak mengharuskan jual beli secara ansuran. Sebab utama sebahagian kecil ulama’ tidak mengharuskan jual beli ini kerana permasalahan lebihan yang berlaku iaitu harga yang dibayar secara ansuran lebih tinggi dari harga yang dibayar secara tunai. Adakah lebihan ini dikira sebagai riba yang diharamkan ataupun tidak?

-2)ulama yang mengharuskan jual beli secara ansuran ini menyatakan keharusan lebihan pada penangguhan bayaran atau ansuran.

Dalil dari alquran:

يأيها الذين ءامنوا لا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل الا أن تكون تجارة عن تراض منكم


Wahai orang yang beriman janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu,judi,dan sebagainya),kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.(An-Nisa’:ayat 29)

Keterangan:jual beli ansuran ini berlaku dengan suka sama suka ataupun dengan keredhaan dari kedua belah pihak iaitu pihak pembeli dan penjual,serta lebihan yang berlaku adalah disebabkan urusan perniagaan yang disepakati oleh kedua pihak pembeli dan penjual,maka lebihan yang berlaku disini bukanlah riba yang diharamkan syara’.

Dalil dari hadis:

قال رسول الله صلي الله عليه وسلم:من أسلف في شيء ففي كيل معلوم الى أجل معلوم


Sabda rasulullah S.A.W:”barangsiapa yang berjual beli salaf (salam),hendaklah dia berjual beli salaf (salam) dengan sukatan,timbangan dan tempoh yang dimaklumi.(Albukhari,Bab jual salam dengan timbangan yang dimaklumi no.2125)

Keterangan:Rasulullah S.A.W menyuruh sesiapa yang menempah iaitu melakukan jualbeli secara salam,hendaklah mengetahui sukatan,timbangan dan tempoh yang diketahui.begitu juga digambarkan jual beli secara ansuran,diketahui harga dan tempoh.Dalil dari qias:Jual beli secara ansuran diqiaskan kepada jual beli salam(jual beli yang didahulukan bayaran dan diketahui sifat barang tersebut kepada suatu tempoh yang diketahui) dari aspek memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Kedua-dua jual beli ini memenuhi keperluan manusia sejagat. Kedua-dua jual beli ini memudahkan urusan kehidupan manusia. Dalil dari akal; Sudah jelas jual beli secara ansuran ini adalah salah satu jual beli yang memudahkan kehidupan manusia dan umumnya kebanyakan manusia menuntut dan berhajat kepada jualan sesuatu barang yang di bayar secara ansuran dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. Dan lebihan yang berlaku adalah dengan kerelaan kedua belah pihak pembeli dan penjual.

· kesimpulan:

1)hukum jual beli ansuran adalah diharuskan,dan lebihan yang berlaku dalam jual beli ansuran yang lebih tinggi dari bayaran tunai adalah diharuskan dan tidak dikira sebagai riba yang diharam oleh syara’

2)jual beli secara ansuran mestilah diketahui kadar dan tempoh bayaran yang disepakati oleh kedua-dua pihak.

3)jual beli ansuran diharuskan dengan menggambarkannya menyerupai jual beli Salam dan Jual beli secara Nasi’ah.

Rujukan utama:

-kitab feqh manhaji-(karangan Dr.mustofa Al-khin,Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji)

-Khulasoh Al-Aro’ fi Qodoya Al-Ijar wal-Muzayadah wa-Syartho al-Jazaie,Ibhas Fiqhiyyah Muqaronah-(Dr. Ali bin muhammad bin Ramadhan ar-Rashidi & Dr.Umaimah Muhammad Idris)

-Tafsir Al-quranulkarim

-Kitab Hadis sohih Bukhari dan Muslim

-Kitab Hadis al-lu’lu’ wal-Marjan(fima Ittqfaqa alaihi as-Syaikhani Al-Bukhari-(susunan Muhammad Fuad Abdul Baqi)



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: